Konsert Gemilang 50 Tahun Orkestra_RTM

Sambutan ulangtahun Jubli Emas ke-50 Orkestra RTM diterjemahkan dengan penganjuran Konsert Gemilang 50 Orkestra RTM yang menyaksikan seramai 35 orang pemuzik orkestra berpengalaman memberikan persembahan yang bertenaga bertempat di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur. Persembahan konsert itu nyata memukau hadirin termasuk Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim yang memeriahkan rakaman konsert ini yang berlangsung pada 3 Oktober lalu.[9]

Pemuzik yang kebanyakannya berkelulusan hingga ke peringkat sarjana muzik dari universiti dalam dan luar negara itu mempamerkan persembahan hebat dengan dipimpin oleh beberapa tokoh berpengalaman dalam bidang orkestra seperti Dato’ Johari Salleh, Dato’ Mokhzani Ismail, Mohd Asnawi Mutaal, Leon Yap, Azman Mustafa dan Lokman Abdul Aziz.[9] Peralatan yang digunakan pemuzik juga dari pelbagai jenis termasuklah wood-winds seperti bassoon, flute dan jenis bertali yang lengkap serta kumpulan brass, saxes dan rhythm. Ini sepertimana yang terdapat dalam orkestra profesional bertaraf dunia.[9]

Ia dibahagikan kepada sepuluh segmen iaitu "Overture Merentasi Zaman", "Titik Permulaan", "Varsiti Pelbagai Irama", "Dari Malam Irama Malaysia ke Malam Putrajaya", "Ilham Rasa", "Dari Rakyat Untuk Rakyat", "Patah Tumbuh Hilang Berganti", medley "Tanah air", "Orkestra dan Bintang" dan "Gemilang 50".[9] Konsert ini dijayakan oleh persembahan dari Dato' Jamal Abdillah, Syafinaz Selamat, Datin Paduka Julie Sudiro, Noryn Aziz dan Andre Goh menyampaikan lagu popular masing-masing.[9]

Sempena sambutan itu juga, Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim turut menyampaikan Anugerah Khas Tokoh Orkestra RTM kepada 11 pemuzik yang pernah terlibat dalam Orkestra tersebut iaitu Zainal Abu, Akhbar Nawab, Dato’ Dr. Ahmad Nawab, T. Anggapan, Ahmad Kassim, Ruslan Imam, Richard Hoon, Eow Yeo Jin, James Boel, Alfonso Soliano dan Dato’ Ahmad Dasillah.[9]

Rujukan

WikiPedia: Orkestra_RTM http://www.budiey.com/konsert-eksklusif-orkestra-r... http://www.budiey.com/konsert-gemilang-50-orkestra... http://carmahlms.com/info_muzik/ISarticles/ISkoRTM... http://www.hmetro.com.my/node/34627 http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&d... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&d... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt...